Bersara Penuh Gaya - Siri 1
Anda terlalu muda untuk bersara? Mungkin betul. Namun, adakah ia terlalu awal untuk anda fikirkan dan membuat perancangan dan persediaan persaraan yang osem. Perancangan kewangan untuk persaraan perlukan masa. Begitu juga untuk membina kekayaan dan sejumlah wang yang mencukupi untuk persaraan. Buku ini memberikan perspektif yang jelas tentang persaraan dan perancangan yang holistik untuk persaraan. Tidak kira berapa umur anda sekarang. Lagi muda, lagi baik! Bersara penuh gaya...Anda tidak perlu risau tidak cukup duit. “Buku yang sarat dengan ilmu dan informasi berguna, disampaikan dengan bahasa yang santai serta mudah difahami. It’s really a heavy subject explained in simple words… Buku yang saya cari-cari untuk perancangan persaraan nanti.” Dr. Hatijah Hj Mohd Tan, Pengarah Hospital Tampin, Negeri Sembilan. “If you fail to plan, you plan to fail. Bukan sahaja dalam pelajaran, profesion dan perancangan kewangan peribadi. Paling penting untuk persaraan. Saya bertuah berpeluang membaca buku ini walaupun masih muda…” Dr. Fairuz Rahim, Pegawai Perubatan, Hospital Segamat, Johor. “Saya telah khatam buku Makan Gaji Kaya Harta Cemerlang Jiwa yang ditulis oleh Dato’ Dr Azizon. Banyak ilmu telah dapat saya apply dalam perancangan kewangan peribadi dan persaraan. Kini Dato’ muncul dengan buku yang lebih hebat dan holistik tentang persaraan. Setiap anda mesti milikinya…” En Sofian , Mantan Ketua Profesion JTMP, KKM.
Currently No Review